RSS

macam...macam....

sejak 3,4 hari ni...sibuk dok crita n post kt fb pasal tangga gaji baru, sistem baru ni....SSM tukar jadi SBPA....adoi...naik fenin kepala....tu..cube tgk table kt atas ni....bila tgk banyak2 kali br la faham sikit...tapi kalau nk suruh terangkan balik hampeh kot...~
jap ehhh.....i cr lagi..lagi.....info tentang ni...  :)

latar belakang;


Kerajaan telah bersetuju melaksanakan SBPA bertunjangkan penyampaian perkhidmatan
yang  berpaksikan kepada kepimpinan dinamik,  Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan
yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif.  Ia mengganti Sistem
Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.2
Melalui sistem-sistem saraan yang telah dilaksanakan sebelum ini, secara umumnya
penumpuan telah diberikan bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing  Perkhidmatan
Awam dengan membuat penambahbaikan-penambahbaikan  antaranya kemajuan kerjaya,
saraan dan syarat perkhidmatan. Di sepanjang pelaksanaan sistem-sistem ini, Kerajaan turut
memberikan perhatian yang tidak kurang pentingnya kepada perkhidmatan pendidikan  di
mana banyak penambahbaikan telah dilaksanakan  bahkan telah meletakkan perkhidmatan
pendidikan dalam agenda pembangunan  negara iaitu sebagai salah satu daripada enam (6)
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan.
Melalui program ini, para pendidik  diberi  pengiktirafan  oleh  Kerajaan  ke atas kepentingan
peranan dan tanggungjawab dengan memperkenalkan Bayaran Insentif Tawaran Baru dan
Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi.
Justeru itu,  dalam SBPA  perkhidmatan pendidikan ditambah baik lagi dalam usaha
melonjakkan martabat  profesion keguruan dan kualiti guru selaku tonggak dalam membina
dan memupuk modal insan yang mampu mendepani cabaran mendatang.

kalau nk lebih n lebih info, jom visit this website...

http://www.moe.gov.my/sbpa/docs/pp/2011/guru/pp132011-pendidikan.pdf
ahhaaaa...ni plak sifir gaji y baru..... :)

p/s: not too sure about the amount yeaaa.... 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS