RSS

Kunci Kebahagiaan: Mengenal Erti Sebenar Sebuah Kehidupan

Kunci Kebahagiaan: Mengenal Erti Sebenar Sebuah Kehidupan

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"

Apabila seseorang mengetahui, bahawasanya hidup ini suatu perjalanan, pasti dia perlu mengetahui juga, apakah tujuan sebuah perjalanan ini? Jika tidak, dia ibarat seorang musafir yang tersesat di tengah-tengah gurun sahara, yang tidak tahu ke mana ingin dituju.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, seseorang lahir ke dunia, tidak pernah atas kehendak dan pilihannya sendiri. Dia tidak wujud di dunia ini, atas keinginannya untuk hidup. Suatu hari nanti juga, dia tidak pernah mati atas pilihannya sendiri, tetapi ajal yang menjemputnya pergi.

Jadi, sudah pasti, orang yang berakal, mampu memahami di sebalik hakikat ini, bahawasanya, ada Sang Maha Pencipta, yang sebenarnya mengatur kehidupannya. DIALAH yang menciptakannya, dan seluruh alam ini. Apa yang pasti, DIALAH juga yang menganugerahkan kepadanya sebuah kehidupan, yang penuh dengan nilai yang diletakkan olehNya.



DIALAH ALLAH… Dialah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Dialah yang menciptakan manusia dan kehidupan mereka, demi sebuah nilai yang agung. Dialah Allah s.w.t., di sebalik apa yang kamu perhatikan daripada seluruh alam ini.

Allah s.w.t. berfirman mengenai hal ini:

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, Kemudian Dialah mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah mengalirkan (pula) bagimu sungai-sungai. [32.] Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan Dia juga telah menundukkan bagimu malam dan siang. [33.] Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [34] (Surah Ibrahim: 32-34)


Ayat ini mengajak manusia merenung sejenak, suatu hakikat di sebalik sebuah perjalanan kehidupan manusia, dan di sebalik keindahan alam yang menjadi medan perjalanan kehidupan mereka. Ayat ini menyeru ke arah kefahaman yang sebenar tentang hakikat diri manusia dan seluruh alam di sekeliling manusia ini.

Hakikatnya, di sebalik seluruh alam ini, wujud Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan mentadbirkan seluruh alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa, yang mana, seluruh kewujudan alam ini, merupakan antara bukti kewujudan dan keagunganNya.

Alam yang penuh keindahan, serta sistem cakerawala yang sungguh tertib dan tersusun, menjadi petunjuk kepada kewujudan dan keagungan Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan sekalian alam, termasuklah manusia. Namun, hanya orang-orang yang berakal sahaja, yang mampu merenungkan bahawasanya, seluruh alam ini, merupakan bukti kewujudan dan keagungan Allah s.w.t..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Surah Al-Baqarah: 164)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa, dalam seluruh kejadian alam ini, ada petanda yang menunjukkan akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t., bagi orang-orang yang mahu memikirkannya dan merenungkannya.


Adapun orang-orang yang leka dengan kepalsuan duniawi, dan sibuk bertuhankan hawa nafsu sendiri, pasti tidak mahu mengerti dan merenungi bahawasanya, di sebalik kejadian alam ini, wujudnya Allah s.w.t. yang merupakan Tuhan yang Menciptakan segala-galanya termasuklah diri mereka sendiri.

Golongan yang cuba mengingkari hakikat bahawasanya di sebalik kewujudan diri mereka, dan di sebalik kewujudan seluruh alam ini, ada Tuhan yang Maha Pencipta, iaitu Allah s.w.t., mereka sebenarnya cuba melawan fitrah diri mereka sendiri yang sememangnya mengakui wujudnya Allah s.w.t di sebalik kehidupan mereka


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam...macam....

sejak 3,4 hari ni...sibuk dok crita n post kt fb pasal tangga gaji baru, sistem baru ni....SSM tukar jadi SBPA....adoi...naik fenin kepala....tu..cube tgk table kt atas ni....bila tgk banyak2 kali br la faham sikit...tapi kalau nk suruh terangkan balik hampeh kot...~
jap ehhh.....i cr lagi..lagi.....info tentang ni...  :)

latar belakang;


Kerajaan telah bersetuju melaksanakan SBPA bertunjangkan penyampaian perkhidmatan
yang  berpaksikan kepada kepimpinan dinamik,  Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan
yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif.  Ia mengganti Sistem
Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.2
Melalui sistem-sistem saraan yang telah dilaksanakan sebelum ini, secara umumnya
penumpuan telah diberikan bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing  Perkhidmatan
Awam dengan membuat penambahbaikan-penambahbaikan  antaranya kemajuan kerjaya,
saraan dan syarat perkhidmatan. Di sepanjang pelaksanaan sistem-sistem ini, Kerajaan turut
memberikan perhatian yang tidak kurang pentingnya kepada perkhidmatan pendidikan  di
mana banyak penambahbaikan telah dilaksanakan  bahkan telah meletakkan perkhidmatan
pendidikan dalam agenda pembangunan  negara iaitu sebagai salah satu daripada enam (6)
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan.
Melalui program ini, para pendidik  diberi  pengiktirafan  oleh  Kerajaan  ke atas kepentingan
peranan dan tanggungjawab dengan memperkenalkan Bayaran Insentif Tawaran Baru dan
Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi.
Justeru itu,  dalam SBPA  perkhidmatan pendidikan ditambah baik lagi dalam usaha
melonjakkan martabat  profesion keguruan dan kualiti guru selaku tonggak dalam membina
dan memupuk modal insan yang mampu mendepani cabaran mendatang.

kalau nk lebih n lebih info, jom visit this website...

http://www.moe.gov.my/sbpa/docs/pp/2011/guru/pp132011-pendidikan.pdf
ahhaaaa...ni plak sifir gaji y baru..... :)

p/s: not too sure about the amount yeaaa.... 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: good luck all the best ::

untuk students form 5;

tahniah...anda semua telah laksanakan tanggungjawab anda semua dengan baiknya....berakhirnya zaman persekolah tak bermakna berakhir juga sesi pembelajaran anda semua.....ilmu xkan berakhir sesudah spm ye....so, just grab apa y ada di depan mata sekarang ni....bagi y beransur-ansur ke plkn, dptkan seberapa banyak ilmu di sana, kenangan dan juga pengalaman....pada y xdpt, pe lagi, g cari keje,..tambahkan pengalaman...tambahkan ilmu pekerjaan dlm dada tu.....k... :) bln 3....g amik result...baik atau pun tidak, sambung belajar walaupun di peringkat sijil....apply semua ipta n poli y ada...mana tau rezeki anda semua di situ..yang bercita-cita tinggi nak jadi chef, arkitek....and even guru,,.all the best...



untuk students form 3;

ahhhaaaaa.....result is just around the corner...jgn suke-suke sgt ye.....suke sikit-sikit xpe.....hihihiih....ape pun, you have done your best...bersyukur dgn result kamu semua...apa y diusahakan itu y anda semua akan dpt balik....banyak usaha, banyak baik resultnya nnt....k....
what u give, you'll get it back... :)
anyway, all the best..sy mengaharapkan sains anda semua akan ok...juga untuk subjek y lain....doa sy sentiasa mengiringi kalian semua... :)



miss them soooo much!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenduri time... :)


huhuhuuhu.....ini je gmbr y sempat di snap.....panas sangat....semua org berpayung....nak suruh muhammad dok diam2 pun payah...adoi la...tp..tetap best sebab kenduri kt kampung....colour pink yuuuu......comei plak aku tgk..tp xsempat nk tgk pengntin...:(

......petang ni kalau xhujan nak g the store plak....menghabiskan duit ni...isy2.....jgn mmbazir sudaaahhh.....

jom tgk gelagat muhham kt umah opah ngah die... :) let's view...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

durian..durian...

post kali mmg nmpak mcm sedap..bukan nampak je sedap..tapi mmg sedap....kt tepi jalan ni, punyalah banyak gerai y juai durian..tapi,,,,durian y kt umah ni,kawan ayah y bagi..alhamdulillah...thank you yeaaaaa.....sedap hingga menjilat jari....


petang nnt mak nak masak bubur durian plak.....nyum..nyum...jemput makan ye.... ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS